Thursday, December 27

Generasi Muda dan Pantang Larang (1994s)

** Super special dedicated to 1994s blog. Haven't write any posts for a quite long time and I'm so so sorry. Here with a 'lepak' mode... let's read and enjoy! =)

Switch language. Maaf. Kali ni memang rojak sungguh. HAHA *ampun*

================

Assalamualaikum gentleman dan gadis-gadis jelita sekalian. *lambai tangan*

Mesti korang cam stress out dengan segala assignments, quizzes, tutorial and stuffs tambah-tambah yang programme yang heavy-heavy gitew walaupun on weekend. Takpe aku faham, zaman SPM tu semua dah berlalu, sekarang ni zaman nak step forward and never look back despite so many obstacles to wade through. Cuma satu je. Once kita dah ada atas satu landasan, no matter how hard it takes, we have to go through jugak tak kira sebab we are destined to be in that way. 

Dalam satu ayat dalam Surah Al-Baqarah, 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". Jadi guys, kepada sesiapa yang tiba-tiba study mode dia dah lari sebab dia over-think dengan course atau jalan yang dia pilih, sila bear in mind ayat tu =)

Jom kita reverse masuk topik kita hari ni. Hehe. Macam yang korang tahu, pantang larang orang tua ni memang tak pernah lapuk dek zaman. Dari satu generasi ke satu generasi yang lain, pantang-pantang ni mesti akan diturunkan punya. Tambah-tambah yang membesar dengan suasana kampung mesti selalu terdedah bila nenek ke tokwan ke ataupun even mak sendiri tegur apa kita buat dengan taktik pantang larang ni. Korang ni rugi gila kalau tak pernah tahu sebab taktik-taktik ni yang boleh buat untuk nak ugut generasi muda cam kita ni bila terbuat apa-apa yang depa tak suka. Perghhh. Kalau kena dekat orang yang cepat cuak tu, feh. Memang best.


  • Ni paling common. Bila dok dalam dapur, jangan nyanyi. Kalau tak dapat laki tua
    Feh. Ni anak-anak dara yang agak-agak cun tu memang tak ah nak laki tua. Tambah yang boroi botak segala, memang bukan in the list.
  • Kaki memang tak boleh kena penyapu, nanti terkena sial
  • Jangan sambut lesung batu dari tangan orang lain. Contoh kalau ada orang mintak lesung batu untuk buat sambal belacan ke apa, yes kita boleh pass kan. Tapi tak boleh direct to the hand. At least korang kena letak atas satu permukaan untuk pass ke dia. Korang mesti cam wonder gila kan? Haa pantang kali ni orang tua-tua cakap nanti sahabat permainan dulu-dulu atau siapa-siapa yang kita eager sangat nak jumpak, tak terjumpak.
  • Makan jangan berubah-ubah tempat. Nanti kahwin ramai. Chait!
  • Jangan tunjuk pelangi guna tangan nanti tangan kudung :3
  • Jangan duduk atas bantal nanti bisul punggung.
  • Masa meniarap, kaki jangan angkat ke atas. Petanda mak/ayah cepat meninggal.
    Aku selalu kena ugut dengan mak aku pasal ni. Tambah-tambah time aku tak sengaja terangkat kaki ke atas. Penderaan mental betul. Heh!
  • Jangan potong rambut sendiri. Orang tua-tua kata pendek umur!
  • Jangan jahit baju yang kita tengah pakai. Ibarat tengah jahit kain kapan orang mati.
  • Jangan biar pinggan lepas makan kering. At least kena jirus air sikit. Sama gak dengan kotak beras jangan biar beras habis tak terisi-isi. Semua tu ibarat rezeki datang banyak atau sikit (............)
  • Anak dara tak elok duduk tepi tangga tambah-tambah dekat beranda rumah, nanti rombongan lelaki yang nak datang meminang patah balik tak jadi.
    Pasal ni erk... apa kata korang cari relation dia. HAHA
  • And.... jangan tangkap gambar 3 orang nanti salah seorang akan mati.



Sebenarnya aku tak sure lah sangat kenapa pantang larang ni wujud. Tapi mak aku selalu jugak kata, orang tua-tua keluar semua titah ni sebab depa kaya dengan pengalaman dan dapat predict kesan-kesan atas perkara yang kita buat. Ada orang cakap semua ni kuno, dan ada jugak tak resist semua pantang larang ni. 

Kalau korang la kan.... apa pandangan korang dengan isu ni as koranglah generasi muda yang akan deal dengan isu-isu ni tambah-tambah bila korang dapat mak/bakal mak mertua yang berpegang teguh dengan pantang larang orang tua-tua? 

Well. Sharing is caring. Kalau ada lagi pertambahan pantang larang, kongsi lah sama kita semua dekat sini. Adios!

No comments:

Post a Comment

Hai awak! Moga awak sentiasa diberkati Allah SWT :)