Tuesday, February 17

Ciri-ciri lelaki idaman

kalau tengok pada tajuk, kita dah tau harini aku nak kupas pasal apa. kenapa aku ada masa untuk menulis? sebab aku ditakdirkan menulis harini LOL.

first thing bila kita pandang seseorang, komfem-komfemlah dari segi fizikal nya. kita akan cakap tipu gila kalau tak tertarik dengan rupa kacak/sweet dia atau lelaki yang pakai baju kemeja nak pi interview lepastu dah habis interview lipat sampai siku, atau lelaki yang pakai shades coklat, atau badan ketak-ketak atau senyuman dia atau raut wajah dia (daym macam dah lebih je. masalahnya aku penah perati sorang je macam gini haha. baik baik. aku turunkan pandangan sekarang) ok dah cukup. itu dari segi luaran. oi kalau kata cinta kerana rupa tak penting, tipu la. dalam syarat-syarat nak kawin pon ada kata rupa tu penting. untuk generasi seterusnya kan, jadi mestila penting =)

dan dari segi luaran, bukan saja dari segi penampilan semata. sikap gentleman dan coolness pun perlu ada. semuanya akan terpancar melalui perbuatan. dari segi kematangan. cara berfikir. cara berinteraksi. cara gegaduh berdebat lepastu berdamai. cara dia faham kita just by looking at our facial expressions/body languages. and cara dia macam mana nak tackle bila kita moody sebab tengah in menstrual phase.

dari segi dalaman, siapa yang taknak orang yang beriman jadi spouse dia. meh sini cakap nak lepuk. menipu sangat. walaupun tak cukup baik, tapi seseorang tu mestilah rajin belajar. kalau tak belajar nak ajar apa kat isteri, nak ajar apa kat anak-anak. tambah-tambah yang ego tinggi, kalau ada yang tak tahu dia jadi macam triple daym. jangan macam tu. kita ni manusia. manusia tak pernah terlepas daripada silap dan khilaf. jadi, kita kena sentiasa belajar dan belajar so that kita sentiasa improve. jangan pertuankan ego sebab dengan ego yang tinggi, kasih sayang akan mati. kalau boleh, mestila nak satu keluarga tu dipenuh dengan kasih sayang dan sedap saja sweet-sweet sournya. jadi intipati kena best. bila intipati best nak dapat dia wallahualam susah. tapi Allah kata apa pun kita kena usaha.

well, berpendirian lah. nak jadi ketua kalau takda pendirian, memang tak ke mana. ramai yang lari. kucar-kacir dan segala-gala yang tak best. nak bahagia kan? jadi, stick to a plan/decision. jangan jadi lalang.

be nice ngan mak bapak orang. mana tau mak bapak orang tu yang akan jadi mentua hang nanti. behehehe tak. satu lagi memang Rasulullah SAW dah terapkan kat anak-anak baginda adalah hormat orang tua. dengan restu dan doa orang tua, inshaAllah bergeraklah kita ke arah yang sepatutnya. jangan lupa rajin mengaji. nanti isteri ngan anak-anak belajaq kat hang ja ;')

konklusinya, susah hang nak cari orang yang dalam list lelaki/perempuan idaman hang. petua orang tua yang berkesan dari dulu sampai sekarang, sekali hang dah terima seseorang tu, dia perangai macam mana pun, hang inshaAllah akan terima. tapi dunia sekarang dah ramai yang nak jadi jahat daripada baik. em tak kira la anak teruna ka anak dara ka, sila jaga diri leklok. sebab kita bukan hidup kat dunia ja. akhirat pun sama ;') jadi, apa kita buat mesti somehow akan reflect balik dengan apa yang kita dapat. orang dok habaq nama dia karma. jadi, macam mana kita idamkan seseorang pun, kita mungkin tak dapat 100%, tapi sipi-sipi tu mungkin ada. doa saja lah kan. ok, mgm aku still takleh nak register. kwajakk punya smp upm. kwajaqqqq.

oh, macam biasa aku mesti dengar lagu masa tulis entry. tapi kalini bukan jiwang-jiwang. kalini beep by pussycat dolls. hahahahaha. kalau exercise, komfem berpeluh kalau ikut cara depa tak sampai 15 minit. k k later jumpak lagi. bye bye.

No comments:

Post a Comment

Hai awak! Moga awak sentiasa diberkati Allah SWT :)