Thursday, August 13

Jawab tag sebab bosan

OK hai assalamualaikum. Selamat pagi. Buenos dias! Saje je nak jawab tag sebab bosan. Nak tido balik tak boleh padahal semalam sangat tak cukup tido sebab kena hurung ngan nyamuk. Urghh harini segar semacam apekehal tah. Mungkin pasal result dah boleh check kot. Haha. Ok selain mission nak grad pointer best, aku ingat nak grad at least tahu 5 bahasa la. LOL. Sekarang dah 4 bahasa alhamdulillah. Another 2 years to grad.

Ok, back to the topic. Nak jawab tag. Saja amik dari cucuratap~

1. Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things,facts,habits or goals about you.
2. At the end, choose 16 people to be tagged
3. You have to tag the person who tagged you [ act lupekan je this words ]
4. If i tagged you, its because i want to know more about you.

Aku tak kena tag pun and aku taknak tag org~ haha nak cakap kesian lah tu kan! Aku dulik hape. Well, nobody cares~


1. Nama diberi Nur Afifa. Dulu masa kecik-kecik, aku suka search maksud di sebalik nama and alhamdulillah, cahaya menjaga maruah. Ya knowwww, ur name reflect urs =)

2. Sekarang tengah mood rileks tapi lagi dua minggu nak masuk sem balik. Ok dah masuk tahun 3 kena takut sikit! FYP oi lagi setahun!

3. Anak pertama dari keempat. Sebab tu tegas. Acececeh.

4. Tengah nak belajar masak macam-macam benda and selalu percaya resepi turun-temurun ni memang tak sama langsung outcome dia dengan resepi google~

5. Ada impian nak bukak franchise dominos pizza dalam 10 years lagi, kafe yang provide cupcake/cake/coffee + boleh lepak baca buku/komik/melepaskan segala penat lelah kerjaan (boleh bayang tak kafe camni?), nak buat kandang kambing.

6. Tak minat music genre hardrock. Sweet-sweet masuk telinga je. Aah aku suka orang yang sweet jugak hehe

7. Suka ber-mingle dengan orang yang bermotivasi dan ada positive vibes.

8. Telinga tahan kena maki/hentaman. 

9. Pernah jadi penolong ketua pengawas perempuan masa sekolah, and Majlis Tertinggi Mahasiswa di universiti.

10. Iman cakap, aku suka fikir banyak-banyak kalau aku risau.

11. Aku memang suka udang. Bukan la ultimately seafood. Tapi udang. So, secara tak langsung aku boleh blah je ngan segala seafood yang ada. Plus aku orang utara sebenaqnya. Orang utara ni memang suka makan pedas-pedas. Dah biasa kan. So, sambal udang is my favouriiiiiiite.

12. Badan aku, berat senang naik and turun. Bagus, tapi in another way sakit hati jugak. Pffft. Jogging and 3 kg boleh turun dalam seminggu hehe. Tapi aku tak consistent.

13. Ada geng yang best masa sekolah and universiti. Cuma geng sekolah ramai dah buat haluan sendiri cuma bila jumpa akan tegur la. Geng universiti, geng kuaci ada 11 orang and semuanya beraneka kursus dan umur ahaks!

14. Suka hazelnut latte tapi jangan pahit sangat.

15. Blur kadang-kadang. Lurus. 

16. Nature lover~ tengah berjinak-jinak nak hiking and berenang. Mungkin nak amik class swimming, menunggang kuda and memanah. Sebab dekat UPM peluang tu ada. Masa ja sempat ke tak. Tapi aku selalu rasa kalau boleh/pernah rasa game yang Nabi Muhammad SAW sunatkan ni seronok gila. 


Ok terima kasih baca segalanya sampai habis. Rajinnya awak!

No comments:

Post a Comment

Hai awak! Moga awak sentiasa diberkati Allah SWT :)